About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

08 April 2009

Majlis Jamuan Penghargaan

www.tips-fb.com



" Sekalung Budi, Disanjung Tinggi "

TARIKH: 7 April 2009
HARI : Selasa
MASA: 12.30 tengah hari
TEMPAT: BK9, FKPM

Pada tarikh di atas, MASSA telah menganjurkan jamuan makan tengah hari sempena Majlis Jamuan Penghargaan bagi meraikan ahli jawatankuasa, rakan-rakan dan para pensyarah yang telah membantu menjayakan program-program anjuran MASSA sepanjang semester ini.

Tetamu undangan yang hadir adalah Dekan FKPM, Prof Madya Adnan Hashim; Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Sumber, Prof Madya Jamaluddin Abd Rashid; Penasihat MASSA Pn Haryati Ariffin; En. Norsham Firdaus; Cik Baby Anusha Nur; Cik Melina dan para pelajar FKPM serta 4 orang pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari saudara Tashreeq diikuti dengan ucapan ringkas dari Presiden MASSA, saudari Suhaila Kamal dan Dekan FKPM. Sepanjang jamuan juga disajikan persembahan multimedia program-program anjuran MASSA sepanjang semester ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para ad-hoc yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan Majlis Induksi Pelajar Part 01 yang berlangsung pada 1 Mac lalu.

Brilliant spirits, towards brilliant generation.


Bacaan doa daripada saudara Tashreeq

Ucapan alu-aluan daripada Presiden MASSA

Dekan FKPM berbual sesuatu dengan Penasihat MASSA

Timbalan Dekan, Prof Madya Jamaluddin dan En Norsham turut hadir

Para tetamu jemputan menjamu selera

Penyerahan sijil kepada ad-hoc Majlis Induksi Pelajar Part 01 oleh Presiden dan Timbalan Presiden MASSA

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular