About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 June 2009

Super Bowling XMC 2009

www.tips-fb.com



Tarikh : 13 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 3 petang
Tempat : Cineleisure, Damansara

Acara temasya sukan tahunan ini dianjurkan oleh X-Mass Comm UiTM (XMC) iaitu suatu persatuan bekas pelajar komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Malaysia, Shah Alam. Temasya ini disertai oleh 51 orang warga XMC selain turut dimeriahkan oleh 15 pelajar FKPM yang masih menuntut, iaitu wakil daripada MASSA sendiri (Suhaila, Caca, Siti Nadia dan Miharaini), pelajar Kewartawanan MC221 (Juliana dan Sarah), pelajar Perhubungan Awam (Shida, Nisa, Datul, Shel dan Fiza), pelajar Penyiaran MC223 (Syahmi dan Bob) serta pelajar Pengiklanan MC224 (Farah dan Amy). Pertandingan bowling ni merupakan aktiviti kedua terbesar bagi XMC.

Sebanyak 14 lane bowling dimuatkan oleh 4 orang peserta setiap kumpulan dan pemain di setiap lane telah bermain dengan gigihnya bagi mengejar kejuaraan. Setiap kumpulan mendapat cenderahati berupa sekaki payung sumbangan dari Bioteam Sdn. Bhd. sebagai tanda penghargaan. Bagi pasukan yang menempa kejayaan bagi kedudukan teratas mendapat hadiah sumbangan Bioteam Sdn. Bhd., Nestle, Fitness dan KFC. Lebih menarik terdapat juga hadiah untuk 'Ratu Longkang'.

Aktiviti berjalan dengan lancar. Selain datang bermesra dengan super duper senior Mass Comm, pelajar-pelajar FKPM ini dapat meluaskan lagi networking yang dapat membantu pelajar-pelajar ini pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh,

NUR HAFIZAH MUHAMMAD LUKMAN
(Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan)

2 komen:

dzailani ahmad said...

salam adik2 fakulti. uncle ingin merakamkan penghargaan dan terimakasih di atas sokongan siswa/siswi terhadap kegiatan sukan yang dianjurkan oleh XMC CLUB. Tanpa kita sedari, kita telahpun membina jambatan antara fakulti dan XMC menerusi laman web. Adik2 dijemput bertandang ke Laman XMC biarpun di situ dibanjiri geng senjakala. Jangan bimbang, ikatan silaturahmi tidak membataskan usia.

Hasri Hasan said...

Syabas MASSA kerana sma-sama menyertai kami dalam aktiviti XMCs..banyak yang dapat kita kongsi dalam pertemuan2 sebegini, bermafaat juga kepada siswa/siswi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular