About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

14 June 2009

4 Calon Naib Canselor UiTM

www.tips-fb.com


Y. Bhg. Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Kamarudin Hussin

Y. Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Bin Abu Bakar

Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin

Y. Bhg. Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Bin Abu Shah


KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi telah menyenarai pendek empat nama calon jawatan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggantikan Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah yang akan tamat kontrak hujung tahun ini.

Dua daripada empat calon berkenaan merupakan bekas pegawai kanan dan pensyarah UiTM.

Menurut sumber, antara yang disenarai pendek ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Datuk Kamaruddin Husin.

Turut tersenarai ialah Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarah Akademi Pengajian Tinggi (Akept), Datuk Dr. Ahmad Zainuddin.

"Dr. Sahol dan Dr. Ahmad masing-masing adalah bekas pegawai kanan dan pensyarah UiTM," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim sewaktu dihubungi berkata, beliau sebelum ini telah dua kali memperbaharui kontrak sebagai Naib Canselor sejak lantikan pertama ke jawatan itu pada 1 Januari 2001.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersikap terbuka dan menyerahkan kepada kementerian sama ada untuk menyambungnya atau tidak.

Utusan Malaysia, 13 Jun 2009 (Muka 16, Dalam Negeri)

5 komen:

Anonymous said...

I prefer xder yang berubah... everything dah ok before.. :D

Anonymous said...

Sebagai usaha mempercepatkan gerakan kearah Universiti Penyelidikan dan yang sewaktu dengannya (IERU, THE QS ranking)kami perlukan Naib Canselor yang berciri berikut;
1. penulis yang berwasit
2. artikelnya adalah 'hot papers'
3. penyelidik yang berintegriti
4. artikelnya cited dalam Scopus atau ISI Thompson

...itu antara kriterianya - jika mereka bukan dalam golongan itu , saya minta KPT biarkan Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah meneruskan kerja-kerja beliau! Tolong jangan benarkan orang baru masuk - nanti kerja2 kearah RU akan hancusss

Anonymous said...

student2 uitm sekalian buat memorandum kat KPTM nanti mintak Dr. Ibrahim Abu shah kekal. bagi die habiskan dulu misi die kat uitm nih.

Anonymous said...

Bosan la Pak misai...nak org lain...asyik main politik jek...

Anonymous said...

haha Pak misai kuat politik ! Kamarudin nampak ok , ada background askar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular