About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

15 July 2009

Kemalangan Bas rapidKL: Pelajar FKPM Turut Terlibat

www.tips-fb.com


Berita berkaitan kemalangan bas rapidKL


Pada 14 Julai 2009, jam 1.20 tengah hari berlaku satu kemalangan teruk yang melibatkan sebuah bas rapidKL. Kemalangan berlaku di Jalan Bangsar berdekatan dengan Stesen LRT Universiti dan Universiti Malaya. Bas rapidKL U80 dalam perjalanan dari Seksyen 2 Shah Alam ke Pasar Seni gagal dikawal lalu menjunam ke laluan motosikal sedalam hampir 10kaki. (Berita kemalangan ini menjadi tajuk utama di beberapa media massa).

Seramai 28 penumpang berada dalam bas berkenaan, 22 orang cedera ringan manakala yang lain mengalami kecederaan parah (2 lelaki dan 4 perempuan). Antara penumpang yang menaiki bas berkenaan adalah para pelajar UiTM Shah Alam kerana bas U80 merupakan bas yang biasa dinaiki oleh pelajar untuk ke Pusat Bandar. Dan di antara pelajar berkenaan, dua daripadanya adalah pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Mereka adalah Ahmad Fayadh (MC221/06) dan Tengku Zafirah (MC222/06). Saya berkesempatan untuk melawat sahabat saya Fayadh yang di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus kemalangan. Alhamdulillah selepas pemeriksaan dilakukan, beliau disahkan tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami lebam di mata kirinya. Saya juga berkesempatan bertemu dengan Zafirah, beliau juga tidak mengalami kecederaan serius, antara kecederaan yang dialaminya adalah menerima lima jahitan di bahagian atas kening kanan.

Kedua-dua mereka tidak ditahan di wad dan dibenarkan pulang. Saya seterusnya menemani Fayadh untuk membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee. Di sana saya sempat melihat keadaan bas yang teruk selepas kemalangan. Amat mengerikan! Semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna kepada pemandu-pemandu bas agar lebih berhati-hati. Ingat, kemalangan tidak berbau!

Meor Iszwan
Timbalan Presiden MASSA


KLIK SINI untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kemalangan.


Fayadh menceritakan tentang kemalangan yang berlaku

KLIK SINI untuk membaca pengalaman Ahmad Fayadh.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular