About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

10 July 2009

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru

www.tips-fb.com


Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru semester satu dan tiga lepasan diploma. Pihak fakulti juga ingin mngucapkan tahniah kepada anda semua yang telah berjaya menjadi sebahagian daripada mahasiswa UiTM Shah Alam. Kehadiran anda semua menceriakan suasana fakulti yang sememangnya sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelajar baru untuk menimba ilmu dan pengalaman. Sebagai penasihat MASSA, saya berharap pelajar dapat mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan MASSA.

Persatuan ini adalah persatuan milik pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, dan sehubungan dengan itu anda semua adalah ahli yang bertanggungjawab memajukan persatuan ini dengan menjalankan pelbagai aktiviti selaras dengan kehendak fakulti dan universiti. Ambillah peluang untuk mengenali pelajar-pelajar senior untuk mengembangkan rangkaian persahabatan selain berkongsi pengalaman sebagai pelajar bersama mereka.

Cabaran sebagai pelajar dan mahasiswa universiti amat banyak justeru anda semua perlu lebih tabah dan menimba spelbagai pengalaman yang ada supaya menjadikan anda pelajar dan mahasiswa/i yang tahan cabaran dan berjaya menggenggam ijazah selepas tiga tahun nanti.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya menjadi pelajar FKPM dan diharap anda semua menjadi sebahagian warga MassComm yang proaktif terhadap semua aktiviti dan pembelajaran di fakulti. Terima Kasih.

Puan Hariyati Ariffin
Penasihat MASSA




0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular