About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

03 August 2009

Datin Seri Rosmah Terima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan UiTM

www.tips-fb.com


Rosmah Terima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan UiTM

SHAH ALAM, 3 Ogos - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan (Pendidikan Kanak-kanak) daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Konvokesyen Komemoratif Ketujuh Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Isnin.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Budiman Ui
TM di sini disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ibu mentua Rosmah, Tun Rahah Mohamed Noah.

Sultan Mizan dalam titah baginda menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat itu sebagai satu penghormatan dan bertepatan sekali kerana Rosmah aktif dalam menjaga kebajikan kanak-kanak terutamanya yang di luar bandar dan kurang bernasib baik.

Rosmah dalam ucapannya selepas menerima anugerah itu berkata penganugerahan itu akan menyemarakkan semangat dan kekuatan beliau untuk lebih gigih menabur bakti demi pembangunan modal insan iaitu kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.


"Sejak sekian lama saya berdamping mengikuti suami sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, pelbagai pengalaman dan juga pengetahuan ditimba dengan melihat bagaimana di negara ini serta berbilang negara yang lain semakin prihatin terhadap pertumbuhan golongan kanak-kanak sebagai pewaris," katanya.

Rosmah berkata usaha beliau bersama sekumpulan profesional untuk menyediakan satu bentuk pendekatan, asuhan dan didikan berkualiti kepada kanak-kanak di bawah usia lima tahun yang dikenali sebagai Projek Permata Negara telah disambut baik oleh kerajaan dengan geran permulaan sebanyak RM20 juta.


"Sedikit demi sedikit dengan sokongan padu ramai pihak, projek ini telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan. Ternyata kanak-kanak yang terlibat di dalam projek Permata Negara menunjukkan perkembangan amat positif dari segi emosi, kematangan, keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi berbanding rakan sebaya mereka yang tidak terlibat sama," katanya.


Beliau berkata Permata Negara sentiasa berusaha agar agenda ini dapat diperluaskan meliputi kanak-kanak di seluruh negara supaya tiada yang terpinggir walau di mana mereka bera
da, bersesuaian dengan aspirasi 1Malaysia.

"Nampaknya kerajaan bertambah yakin dengan hala tuju Permata Negara dan telah memperuntukkan RM150 juta melalui pakej rangsangan bagi meluaskan program ini," katanya.

Menurut beliau, bermula dengan 14 buah pusat, Permata Negara menjangkakan untuk menaik taraf lebih 300 Taska Perpaduan, Kemas, Felda, Yayasan Keluarga Terengganu dan taska di tempat kerja serta komuniti menjelang akhir tahun ini.

Rosmah mencadangkan agar pusat kecemerlangan di Fakulti Pendidikan UiTM dikenali sebagai "AcCe" (Centre for Arts and Creativity in Childhood Education) yang menjalankan pelbagai aktiviti bersifat interaksi, komunikasi dan kreativiti bersama kanak-kanak, dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Seni dan Kreativiti Permata Negara.


Sumber diambil daripada Bernama


MASSA mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor atas penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan (Pendidikan Kanak-kanak) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular