About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

27 August 2009

Festival Kemerdekaan (FESKEM) Ramadhan

www.tips-fb.com



Festival Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai FESKEM merupakan program tradisi yang diadakan setiap tahun di UiTM Shah Alam bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara. Untuk tahun ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/10 akan menganjurkan sebuah FESKEM berbentuk kerohanian iaitu program FESKEM Ramadhan.

Program ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 29 Ogos 2009, Sabtu (2.00petang hingga 10.30malam) dan 30 Ogos 2009, Ahad (8.00pagi hingga 12.00 tengah malam). Butiran program adalah seperti berikut:

29 Ogos 2009 (Sabtu)

PROGRAM : Tayangan Multimedia Khas FESKEM Ramadhan
MASA : 2.00 petang hingga 7.00 malam
TEMPAT : Pusat Sukan, UiTM Shah Alam
* Perasmian FESKEM akan diadakan pada jam 3.00 petang oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Nasuddin Othman

PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa & Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh Berjemaah
MASA : 7.00 malam hingga 10.00 malam
TEMPAT : Pusat Sukan, UiTM Shah Alam

30 0gos 2009 (Ahad)


PROGRAM : Pertandingan Kuiz 'Imtihan Ramadhan' FESKEM Ramadhan (SARINGAN)
MASA : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
TEMPAT : Menara Sains & Teknologi

PROGRAM :
  • Pertandingan Kuiz 'Imtihan Ramadhan' FESKEM Ramadhan (PERINGKAT AKHIR)
  • Upacara Penyampaian Hadiah
  • Bacaan Yassin & al-Ma'tsurah
MASA : 2.00 petang hingga 7.00 malam
TEMPAT : Pusat Sukan, UiTM Shah Alam

PROGRAM : Majlis Berbuka Puasa & Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh Berjemaah
MASA : 7.00 malam hingga 10.00 malam
TEMPAT : Pusat Sukan, UiTM Shah Alam

PROGRAM : Ambang Merdeka (Forum, Doa Khas Kemerdekaan, Solat Hajat)
MASA : 10.30 malam
TEMPAT : Pusat Sukan, UiTM Shah Alam


Maklumat lanjut di blog rasmi MPP Sesi 2009/10

Para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang mempunyai kelapangan waktu adalah digalakkan untuk menyertai segala program yang telah diatur. Sama-sama kita meriahkan sambutan kemerdekaan negara kita dengan semangat 1 Malaysia.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular