About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

12 August 2009

Kejadian Gangguan Lif Di FKPM

www.tips-fb.com




Pada 12 Ogos 2009 (Rabu), kira-kira jam 7.15 malam berlaku satu lagi kejadian gangguan lif yang menyebabkan seorang pelajar PLK terperangkap beberapa minit di dalamnya. Kejadian ini bukan pertama kali berlaku, malah menurut seorang staf dari unit ICT FKPM, kejadian sebegini kerap berlaku pada semester ini.

Kejadian gangguan lif amat bahaya dan membimbangkan terutama sekiranya berlaku di luar waktu pejabat atau di waktu malam. Oleh yang demikian, MASSA menyarankan kepada para pelajar agar mengurangkan penggunaan lif ketika waktu malam dan di waktu keadaan fakulti lengang.

Bagi pelajar yang menghadapi kecemasan sebegini diharap dapat bertenang dan mengambil tindakan sewajarnya seperti membunyikan loceng kecemasan atau cuba menghubungi sesiapa menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan.

Semoga kejadian seumpamanya tidak berulang lagi.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular