About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

19 August 2009

MC225: Majlis Bual Bicara Bersama Ketua Program & Alumni Penerbitan

www.tips-fb.com





















Pada 15 dan 16 0g0s 2009, Publishing Club telah membawa lebih 100 orang pelajar program Penerbitan MC225 untuk mengikuti program Majlis Bual Bicara Bersama Ketua Program dan Alumni Penerbitan bertempat di Riverside Beach Chalet, Cherating, Pahang. Program anjuran pelajar Semester 3 ini merupakan program tradisi bagi MC225 yang dilakukan pada setiap semester.

3 buah bas membawa rombongan pelajar telah bertolak ke Cherating jam 10.00pagi pada hari Sabtu. Setibanya di sana selepas mendaftar masuk ke bilik masing-masing, program pertama yang dijalankan adalah program bual bicara bersama Timbalan Dekan FKPM, Prof. Madya Jamaluddin yang juga merupakan pensyarah penerbitan dan seorang Alumni MC225 iaitu Puan Yusaida Yunus yang kini bekerja sebagai editor untuk majalah Dewan Siswa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kedua-dua ahli panel ini telah menceritakan dan berkongsi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang dunia penerbitan kepada para pelajar.

Pada sebelah malamnya telah berlangsung majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar senior yang akan meninggalkan fakulti. Sambutan juga diberikan kepada pelajar cemerlang bagi setiap semester. Program diserikan dengan cabutan bertuah dan persembahan nyanyian daripada para pelajar dan tidak ketinggalan juga di kalangan pensyarah.

Keesokan paginya program riadah mengambil tempat dimulakan dengan tarian poco-poco. Seterusnya acara sukaneka dan team building dilangsungkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah bola sepak pantai, boling kelapa, isi air laut dalam botol, tiup belon dan acara yang paling meriah iaitu tarik tali di mana menyaksikan pelajar senior menentang penganjur iaitu pelajar semester tiga. Acara sukan sebegini adalah baik dalam menggalakkan aktiviti sihat di kalangan pelajar selain mengeratkan lagi siratulrahim dan pengenalan antara pelajar tanpa mengira semester. Acara team building di akhiri dengan penyampaian hadiah.

Para pelajar telah bertolak pulang ke Shah Alam pada jam 3.00 petang dan selamat sampai di UiTM Shah Alam kira-kira jam 8.00malam. Semoga pengalaman di Cherating memberikan input yang berguna kepada para pelajar. Presiden Publishing Club, saudara Fizrie berharap tradisi Publishing yang menganjurkan program sebegini saban semester akan diteruskan oleh pelapis-pelapis yang seterusnya kerana inilah salah satu medium terbaik untuk menyatupadukan pelajar penerbitan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular