About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

20 August 2009

Mesyuarat AJK MASSA

www.tips-fb.com








Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : BK7, FKPM

Seperti dalam butiran di atas, satu mesyuarat antara Ahli Jawatankuasa MASSA telah diadakan. Perbincangan adalah mengenai dua program anjuran MASSA yang akan berlangsung iaitu Kempen Mencegah H1N1 dan Program Bertamu Di Anjung Raudhah.

Kempen Mencegah H1N1 adalah di bawah kelolaan pengarah program iaitu saudara Tashreeq. Tashreeq telah menerangkan tentang persediaan kempen antaranya mengenai cadangan memberikan topeng muka percuma kepada para pelajar FKPM dan menaikan poster-poster mencegah H1N1 sepanjang kempen berlangsung.

Bagi program Bertamu Di Anjung Raudhah yang bakal diadakan pada 3 September 2009 ini sempena bulan Ramadhan, perbincangan adalah meliputi pengagihan skop tugas masing-masing yang dibacakan oleh saudari Presiden, Suhaila Kamal. Persetujuan telah dicapai untuk mencari 60 orang ad-hoc sebaik-baiknya pelajar semester satu, dua, dan tiga untuk membantu dalam menjayakan program ini. Antara tujuan tersirat pencarian ad-hoc ini dilakukan adalah untuk mencari bakal-bakal pelapis yang akan menerajui MASSA untuk penggal yang akan datang.

MASSA mengharapkan sokongan daripada para pelajar FKPM untuk sama-sama menjayakan dan menyokong program-program yang bakal dianjurkan buat kita semua. Terima Kasih.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular