About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

10 August 2009

SAF 2009: Pencapaian Boling Padang Membanggakan

www.tips-fb.com













MASSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada para peserta yang mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dalam acara boling padang berempat sempena Sukan Antara Fakulti 2009. Acara yang berlangsung di Padang Boling Padang UiTM (bersebelahan dengan kolam renang) telah berakhir pada hari Ahad, 9 Ogos 2009.

Dalam perlawanan akhir dan perebutan tempat ketiga, kedua-dua pasukan boling padang FKPM lelaki dan wanita mengambil bahagian. Pasukan wanita telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang Fakulti Sains Sukan & Rekreasi dan mendapat tempat kedua selepas tewas 7-13. Bagi pasukan lelaki pula mereka berjaya mendapat tempat ketiga selepas menewaskan Fakulti Undang-undang 11-8. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan!

MASSA juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring wanita FKPM yang berjaya mendapat tempat ketiga untuk kejohanan kali ini.


Kami mengalu-alukan kiriman gambar sepanjang berlangsungnya kejohanan SAF daripada anda untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sila e-mailkan gambar tersebut kepada kami di alamat e-mail massa_uitm@yahoo.com

1 komen:

caca said...

capaian terbaik buat masa ini! Pasukan lelaki telah menunggu selama 5 tahun untuk mencapai ketahap ni! syabas! akhirnya!!!

dan pasukan wanita merupakan percubaan kedua setelah tewas di SAF 2008 pada peringkat suku akhir.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular