About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

02 September 2009

Pengenalan Program 'Bertamu Di Anjung Raudhah'

www.tips-fb.com



Bersempena dengan Ramadhan al-Mubarak ini, program 'Bertamu Di Anjung Raudhah' yang bercorak kerohanian diharap mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari pencapaian akademik dan penghayatan kerohanian.

Objektif Program
  • Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan pengisian majlis agama kepada warga FKPM
  • Melahirkan mahasiswa cemerlang yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian
  • Merapatkan hubungan dan menjalin jambatan ukhwah antara warga FKPM
Matlamat Program

Mewujudkan komuniti FKPM yang berilmu dan celik agama serta saling bertukar pendapat dan memperoleh ilmu untuk bekalan di dunia dan di akhirat


MASSA menjemput semua Warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk berhimpun beramai-ramai bagi menjayakan program ini. Semoga program ini akan berlangsung dengan jayanya dan mendapat keberkatan daripada Allah Taala, insyallah..

1 komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Sekalung tahniah buat pengurusan MASSA kerana buat julung kali menganjurkan program kerohanian sempena Ramadhan. Sebagai Alumni Masscomm, saya berasa amat terharu di atas penganjuran program ini. Selama ini saya melihat program2 yg dianjurkan oleh student masscomm sebelum ini selalunya program2 urban duniawi yg terlampau kebaratan. Tak salah nak berseronok, tapi kadang2 nampak terlampau sangat pergaulan & pakaian terutama anak2 gadis mass comm yg suka 'tunjuk' sana sini & anak terunanya yg suka2 pegang peluk anak dara orang. bagi saya, tak salah nak tunjuk diri anda 'advanced' in everything, tapi pls preserve culture & our religion. Have fun in your study but remember your limit.Jgn keterlaluan dalam buat sesuatu program. Semoga program ini dapat membentuk sahsiah para pelajar yg lebih elok & baik. Takde la saya suh semua jadi mcm fakulti pengajian Islam pulak, tapi jadi la student masscomm yg penuh sahsiah & budi pekerti & akhlak yg mulia. Semoga korang sume sukses dalam studi & dalam hidup, jaga diri elok2 & jadi lah kebanggaan kepada ibu bapa, pensyarah, fakulti & UiTM sendiri. UiTM di Hatiku, Masscomm di Jiwaku... Salam Ramadhan... :)

Sir S
ex-MC 222

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular