About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

07 October 2009

Majlis Penghargaan MASSA 2009

www.tips-fb.com
























Pada 5 Oktober 2009 (Isnin) jam 8.00 malam di DK1, FKPM telah berlangsung Majlis Penghargaan MASSA 2009. Majlis ini diadakan setiap semester untuk meraikan dan mengenang jasa seluruh warga FKPM yang telah membantu serta menyokong MASSA dalam menjayakan program-program yang telah dianjurkan. Majlis yang bertemakan Aidilfitri ini diadakan ala-ala rumah terbuka dan dirasmikan oleh Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Adnan Hashim.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Dekan Prof. Madya Jamaluddin Abdul Rashid, Ketua Program MC221 Dr. Rahmat Ghazali, Pensyarah MC222 Miss Mel, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar FKPM Nor Akmal Hj. Mistar, staf-staf ICT dan staf sokongan pentadbiran FKPM. Pelajar-pelajar yang hadir pula terdiri daripada mereka yang pernah menjadi ad-hoc dalam program-program anjuran MASSA atau membantu secara tidak langsung dalam menyokong aktiviti MASSA.

Majlis dipengerusikan dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Tashreeq diteruskan dengan ucapan Presiden MASSA, Suhaila Kamal diikuti ucapan daripada Dekan FKPM. Seterusnya dipersembahkan tayangan multimedia program-program anjuran MASSA untuk semester Julai 2009. Acara seterusnya diikuti dengan jamuan makan malam sambil diperdengarkan dengan lagu-lagu Aidilfitri. Sambil menjamu selera, para pelajar yang hadir dapat berkenalan dan bermesra sesama mereka yang secara tidak langsung merapatkan ukhwah bukan sahaja sesama pelajar malahan antara pelajar dengan staf-staf di FKPM.

MASSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga FKPM yang sudi hadir dan terima kasih juga kepada semua yang telah sama-sama membangunkan MASSA dengan sokongan dan bantuan yang telah diberikan sepanjang semester ini. Sesungguhnya MASSA tidak akan berdiri teguh seperti sekarang tanpa anda semua...

2 komen:

ucup_mad said...

i was there n it was fun!!!

Mohd Shahrul Azam Jamaludin said...

yeah..it's great..tp npe pic sye xde..huhuhu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular