About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

12 October 2009

Seminar Kenegaraan UiTM

www.tips-fb.com






Pada 11 Oktober 2009 (Ahad) telah diadakan Seminar Kenegaraan UiTM di Dewan Serbaguna Kolej Seroja. Seminar ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar tahun akhir semester lima dan enam dan sesi untuk para pelajar FKPM telah bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kehadiran para pelajar FKPM adalah memberangsangkan dan mendapat pujian daripada penceramah, En. Azmi Adnan yang merupakan salah seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan.

Seminar yang membincangkan tentang cabaran selepas keluar daripada UiTM ini adalah wajib dan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada para pelajar yang gagal hadir tanpa sebab yang kukuh. Walaubagaimanapun, terdapat para pelajar yang gagal hadir atas alasan menyertai program lain di luar kampus contohnya para pelajar MC224 yang menyertai AdFEST di Kuantan, ada juga pelajar yang tidak hadir kerana tidak tahu menahu tentang seminar tersebut (buat pengetahuan anda notis seminar ini ditampal di fakulti pada petang Khamis, 8 Oktober 2009 sedangkan banyak poster program-program anjuran kelab dalaman FKPM telah dinaikkan jauh lebih awal daripada itu), dan ada juga pelajar terutamanya pelajar semester lima yang keliru dengan perkataan 'pelajar semester akhir' yang tertulis di dalam notis tersebut.

Kami di pihak MASSA menyarankan anda yang tidak dapat hadir agar membuat surat dan menyerahkannya kepada Unit Kenegaraan UiTM untuk mengelakkan tindakan tatatertib dikenakan yang juga membawa risiko anda gagal bergraduasi.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular