About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

18 October 2009

Tahniah Kepada Para Graduan FKPM

www.tips-fb.com



MASSA mengucapkan tahniah kepada para graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) daripada program MC221, MC222, MC223, MC224, MC225 dan MC110 (diploma) yang telah selamat berkonvokesyen pada Sidang Ketiga, 18 Oktober 2009 (Ahad) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-71 yang sedang berlangsung daripada 15 hingga 27 Oktober 2009.

Selamat meneruskan kecemerlangan dalam peringkat seterusnya bagi yang melanjutkan pelajaran dan selamat memasuki bidang pekerjaan bagi yang bekerja. Manafaatkan ilmu yang telah diperoleh sebaiknya dan sentiasa semat kenangan anda semasa di UiTM.

MASSA juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kerajaan dan Politik) daripada UiTM yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tempoh hari.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular