About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

06 November 2009

Keputusan Poll Untuk Bulan Oktober

www.tips-fb.com



Berikut adalah keputusan tinjauan pendapat untuk bulan Oktober berkaitan minat anda untuk menjadi salah seorang AJK MASSA pada masa akan datang. Seramai 32 orang mengundi dalam tinjauan tersebut, 68% (22 pengundi) menyatakan bahawa mereka berminat, 18% (6 pengundi) tidak berminat manakala 12% (4 pengundi) tidak pasti.



Undian ini dilakukan selepas berlakunya kehangatan mengenai isu pelajar lepasan diploma MassComm VS lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma lain suatu masa dahulu. Perbalahan ditimbulkan oleh sesetengah individu di ruang chat MASSA hingga admin menerima cadangan untuk menutup sahaja ruang chat tersebut. Tanpa terburu-buru, undian ini dilakukan bagi melihat pandangan umum mengenai keperluan ruang sembang di blog MASSA. Seramai 40 orang pelawat telah mengundi dan keputusannya:
  1. 40% (16 pelajar) tidak setuju ruang sembang ditutup dan admin blog hanya perlu memantau mesej yang terlampau negatif dan menimbulkan provokasi.
  2. 30% (12 pelajar) tidak setuju dan berpendapat bahawa pelajar harus diberikan kebebasan untuk bersuara.
  3. 12% (5 pelajar) tidak kisah ada atau tidak ruang sembang berkenaan kerana ia tidak mempengaruhi mereka dalam melayari blog MASSA.
  4. 10% (4 pelajar) bersetuju ruang sembang ditutup kerana beranggapan ruang tersebut telah disalahguna sesetengah individu.
  5. 7% (3 pelajar) bersetuju kerana kelakuan pelajar di dalam ruang sembang berkenaan memalukan fakulti kita (FKPM).
Berdasarkan keputusan undian, maka dengan ini admin mengesahkan bahawa ruang sembang blog MASSA akan beroperasi seperti biasa dengan kawalan bagi setiap mesej yang dihantar bagi mengelak sebarang pergaduhan dan perbalahan berlaku.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular