Pada awal pagi 24 Disember 2009 (Khamis) yang lalu, sembilan orang pelajar semester enam FKPM telah selamat berlepas ke Turki untuk menjalani latihan praktikal selama empat bulan di sana. Pemergian mereka telah diiringi bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang berhimpun di KLIA seawal 10.00 malam sehingga jam 1.00pagi dimana penerbangan mereka dijadualkan pada jam 2.00pagi.
Sembilan pelajar berkenaan adalah;
- Syawal Rudin Bin Abdul Razak (MC221)
- Siti Hajar Bt Mohd Yunus (MC221)
- Juliana Bt Sharin (MC221)
- Nur Alia Bt Wahidin (MC222)
- Nor Hayatie Bt Md Riffin (MC222)
- Muhammad Ridhuan Bin Hussain (MC223)
- Zulaikha Bt Zubir (MC223)
- Nur Amalia Bt Mohammad Zuki (MC224)
- Fatin Izaty Bt. Mohd Hashim (MC225)
MASSA mengucapkan selamat menjalani latihan praktikal kepada semua pelajar tahun akhir FKPM termasuk majoriti AJK MASSA Sesi 2009 yang kini sedang berpraktikal.
2 komen:
Ish ish ish... untung nye korang ni... Alhamdulillah... seronok tgk Mass Comm maju lagi setapak ke hadapan. Apepun, jgn dok ingat enjoy je kt sana... ada amanah yg perlu dipenuhi... Ingat lagi interview saya dgn Duta Besar Turki di Malaysia, Barlaz Ozener, time buat interview Gov. PR. Dia kata media di Turki mcm "butcher shop". Boleh katakan media yg agak bebas compare dgn negara kita. Dengan adanya budak2 Masscomm kita kt sana, bole la cedok apa2 ilmu yg berguna & bawa semula input pulang ke negara kita. Bukan saja utk kegunaan industri, tapi utk kebaikan bidang akademik... mgkn pensyarah2 semua dah serahkan assignment yg tertentu utk di laksanakan. Pemerhatian pihak Fakulti & universiti juga perlu serius bukan sahaja kebajikan pelajar itu sendiri, tetapi mutu input daripada pelajar yg akan dibawa pulang. Hantar lagi pelajar2 kita yg berpotensi ke negara2 lain yg mengamalkan amalan media yg berbeza dgn negara kita. Mungkin juga kita boleh target mengikut benua; Amerika, Australia, Afrika, Eropah, etc... Apepun, semoga korang dapat menjadikan peluang ini bukan sahaja utk membina kerjaya masa depan anda, tetapi utk kebaikan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media & UiTM sendiri... Syabas! Selamat Maju Jaya! UiTM Di hatiku, dulu, kini, selamanya... insya Allah... :)
-sir s-
Saya cukup bersetuju dengan pandangan yang dilemparkan oleh pihak saudara dia atas kerana saya merupakan salah seorang pelajar uitm shah alam yang sedang mengikuti latihan praktikal disalah sebuah syarikat akhbar online.9 pelajar yang dihantar ke turki bagi menjalani latihan praktikal wajar menggunakan segala peluang yang diberikan untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu berkaitan media massa.FKPM spttnya mempergiatkan usaha mengadakan program pertukaran pelajar sambil meneruskan program penghantaran pelajar bagi latihan praktikal.Apabila mereka pulang ke malaysia, mereka haruslah mempunyai satu misi atau matlamat yang bukan sahaja dapat melonjakkan nama uitm di malaysia malahan di seantaro dunia.Terima Kasih.
Post a Comment