About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

30 December 2009

Sistem Palang Automatik Sekat Kemasukan Kereta Pelajar

www.tips-fb.com



Untuk pengetahuan para pelajar lama yang sudah lama tidak menjengah ke fakulti sepanjang cuti semester, ada suatu perubahan di kawasan sekitar fakulti yang pastinya akan menarik perhatian anda. Apa yang dimaksudkan adalah sistem palang automatik yang disediakan di beberapa lokasi bagi mengelak kemasukan kenderaan (kereta) pelajar ke kawasan parkir tertentu.

HANYA KAD STAF SAHAJA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENAIKKAN PALANG AUTOMATIK BERKENAAN<

Berikut adalah kawasan sekitar FKPM yang dipasang dengan sistem ini :

Laluan bukit menuju ke FSR dan FKPM.

Kawasan parkir hadapan dan sebelah Fakulti Pergigian.

Kawasan parkir di hadapan Fakulti Kejuruteraan Kimia (kawasan sebelah tangga dihadapan FSPPP).


Menurut pemerhatian, hanya kawasan parkir di belakang Kolej Melati sahaja yang tidak dipasang sistem ini. Walaubagaimanapun, kawasan tersebut tidak berada dalam keadaan baik kerana proses pembinaan melebarkan jalan di kawasan tersebut masih dijalankan.


Dengan bermulanya sistem ini, jelas pelajar yang membawa kereta ke fakulti disaran untuk meletakkan kenderaan di padang kawad dan menaiki bas ke fakulti menurut sistem park and ride yang telah mula dijalankan semester lepas.


Para pelajar masih boleh membawa motosikal ke fakulti kerana larangan hanya dikuatkuasakan kepada kenderaan empat roda. Kepada para pelajar yang membawa kereta sebelum ini, apa reaksi anda? Mungkin anda sudah boleh berkira-kira untuk hanya menaiki bas atau motosikal untuk ke fakulti apabila kuliah memulakan hari pertamanya Isnin ini.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular