About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

02 December 2009

Tarikh Penting Pendaftaran Kursus Sesi Disember 2009 - April 2010

www.tips-fb.com


Semua pelajar (kecuali PJJ/e-PJJ) WAJIB untuk menyempurnakan proses pendaftaran kursus secara online menerusi i-Student Portal.

PERINGATAN PENTING

Pelajar akan digugurkan taraf pada 9 Februari 2010 sekiranya;
  • gagal untuk membayar yuran pengajian sebelum 4 Februari 2010
  • gagal untuk menyempurnakan pendaftaran kursus (memilih kursus dan juga kumpulan)
Susur galur proses pendaftaran kursus

1. Pengumuman keputusan peperiksaan Oktober 2009 pada 10 Disember 2009
  • semua subjek yang gagal akan didaftarkan secara automatik
  • semua subjek yang didaftarkan ketika pra-pendaftaran tetapi gagal akan digugurkan secara automatik
2. Pendaftaran kursus bermula dari 21 Disember 2009 sehingga 22 Januari 2010
  • masukkan kumpulan untuk semua kursus yang dipilih ketika pra-pendaftaran kursus
  • pelajar yang mendaftarkan kursus melebihi jumlah kredit maksimum akan dihalang untuk memasukkan kumpulan, mereka harus melakukan pengguguran kursus terlebih dahulu
  • semua kursus yang tidak dimasukkan kumpulan akan digugurkan secara automatik apabila tarikh validasi bermula
Fakulti kita mewajibkan setiap pelajar yang gagal mana-mana kursus untuk mengambil semula kursus tersebut pada semester berikutnya.

3. Validasi pendaftaran kursus akan bermula pada 25 Januari 2010 sehingga 8 Februari 2010
  • semak semua kursus dan kumpulan yang didaftarkan dan tekan butang validasi untuk mengesahkannya
  • pelajar yang gagal menyelesaikan pembayaran yuran pengajian akan menghadapi masalah untuk membuat validasi

MASSA menyeru para pelajar untuk sentiasa peka dengan tarikh-tarikh yang dinyatakan. Ingat bahawa ALPA MEMBAWA PADAH!

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular