About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

11 December 2009

UiTM Dan Felda Jayakan Karnival Iktiraf

www.tips-fb.com


Kerjasama UiTM-Felda Jayakan Iktiraf 2009 Kesinambungan Legasi Tun Abdul Razak


SHAH ALAM, 9 Dis (Bernama) -- Kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Felda dalam menjayakan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2009 pada 18 Disember ini adalah kesinambungan legasi peninggalan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam usahanya membangunkan anak bangsa, kata Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau berkata pemilihan UiTM sebagai tuan rumah karnival itu juga adalah satu penghormatan kepada legasi Abdul Razak yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Legasi ini diteruskan dengan begitu kukuh dan komited oleh Perdana Menteri (Najib) dengan wadah yang membara seiring dengan konsep 1Malaysia iaitu memacu Malaysia maju," katanya dalam satu persidangan media selepas Majlis Pelancaran Logo "Menjunjung Transformasi Bangsa UiTM-Felda" sempena Karnival Iktiraf 2009 di sini Rabu.

Turut hadir ialah Pengarah Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Karnival tiga hari yang dijangka dihadiri lebih 8,000 warga Felda di seluruh negara itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri di Dewan Seri Budiman UiTM di sini pada 20 Disember ini.

Ibrahim berkata UiTM dan Felda mempunyai persamaan kerana kedua-duanya diasaskan oleh Abdul Razak pada 1956, tetapi yang membezakan antara kedua-dua institusi berkenaan ialah peranannya kepada masyarakat.

"Felda diwujudkan untuk memastikan pembangunan ekonomi, memperkayakan hasil bumi dan ekonomi bangsa, manakala UiTM lebih kepada landasan pembangunan ilmu serta memperkukuh cendiakawan bangsa," katanya.


sumber: BERNAMA

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular