About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

12 January 2010

Hamzani Nakhoda Baru MASSA

www.tips-fb.com


Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2010 telah selamat diadakan di DK2 pada 11 Januari 2010 (Isnin). Perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Tashreeq yang turut mempengerusikan majlis.

video

Suhaila Kamal seterusnya mengambil alih majlis dengan ucapan amanat terakhir sebagai Presiden MASSA sebelum mengumumkan pembubaran AJK MASSA Sesi 2009 untuk membolehkan perlantikan AJK baru diadakan.

Seterusnya dilakukan undian untuk memilih empat ahli Majlis Tertinggi (MT) dan keputusannya adalah seperti berikut:

Presiden: Mohamed Hamzani Mohamed Izzamudin (MC223/4C)
Timbalan Presiden: Raifanabillah Zulkifli (MC225/4A)
Setiausaha: Zaharatul Mardhiah Azizul (MC222/4C)
Bendahari: Abdul Hakim Ab Rahman (MC221/4A)

Kesemua MT yang dilantik memberikan ucapan sulung masing-masing dan mengucapkan terima kasih serta menyatakan harapan agar semua pihak dapat bekerjasama dalam membangunkan MASSA. Puan Hariyati atau Mama sebagai penasihat MASSA meneruskan majlis dengan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Sesi 2009 dan mengucapkan selamat bertugas kepada AJK 2010.

Mama juga mengumumkan perlantikan Meor Iszwan, bekas Timbalan Presiden sebagai moderator blog MASSA dan terus mengendalikan blog ini walaupun sedang berpraktikal.

Untuk berkenalan lebih rapat dengan MT MASSA yang baru dilantik, layari Group MASSA di Facebook dan terus ke profile mereka.

MASSA mengucapkan tahniah atas perlantikan MT baru bagi sesi 2010 selain tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK MASSA Sesi 2009 yang telah menjalankan tugas dengan baik. Semoga jasa anda semua akan dirahmati oleh yang Maha Esa.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular