About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

30 January 2010

Jangan Percaya Risalah Fitnah!

www.tips-fb.com


Pada hari pengundian 28 Januari 2010 (Khamis) yang lalu, satu risalah berunsur sabotaj, khianat dan fitnah telah disebarkan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) melibatkan seorang calon MPP FKPM yang bertanding iaitu saudara Tashreeq. Pihak MASSA telah berjumpa dengan saudara Tashreeq dan dia telah menafikan mengeluarkan risalah tersebut yang dikaitkan dengan namanya.

Pengedaran risalah tersebut telah menimbulkan kemarahan beberapa pensyarah dan pelajar bukan sahaja di FKPM malahan di Fakulti Pengajian Pentadbiran dan Polisi (FSPPP) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Kami berharap anda yang telah membaca risalah tersebut agar tidak mempercayainya dan bertenang kerana ianya adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan sabotaj ke atas calon MPP.

Buat pengetahuan semua, mana-mana individu atau kumpulan yang cuba melakukan serangan ke atas saudara Tashreeq atau jentera kempennya samada secara lisan apatah lagi fizikal boleh dikenakan tindakan tatatertib. Perkara ini masih lagi dalam siasatan Bahagian Keselamatan UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Justify FullMASSA mengutuk sekeras-kerasnya individu atau kumpulan yang menyebarkan risalah tersebut yang boleh mengancam keselamatan calon MPP yang bertanding dalam pilihanraya.

4 komen:

Ellanna Bernard said...

harapnye orang yang kurang bermaruah itu tak mengulangi benda keji macam ni. tak teringin pun nak tahu siapa cuma ingin agar perkara memalukan macam ni tak berulang. kalau nak fight, fight face to face, jgn guna cara keji

Alif Abu Bakar said...

drama nye la mpp2 thun ni... hampeh... gempaq2 kempen last2 ado? non ado...

kcuF_kid 2010 said...

Tak sangka ada juga pelajar UITM yang TAK matang dgn bersikap sgt TIDAK professional. Mencampurkan urusan peribadi dgn urusan formal sedemikian.

The best part is, sanggup buang masa dengan menaip risalah sabotaj tu dan sanggup kluar duit photostat demi nak menjatuhkan org lain!?

Sgt memalukan!!

45IL4H D.K.K said...

bila baca risalah ni pon dah tau..ni bkn keje tashreeq. ketara sgt..xmungkin mana2 MPP offer benda2 camni terutama bab parking! ;p

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular