About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

05 January 2010

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2010

www.tips-fb.com


MASSA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2010 seperti berikut:

Tarikh : 11 Januari 2010, Isnin
Masa : 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, FKPM
Agenda :
  • Ucapan daripada Penasihat MASSA
  • Amanat terakhir Presiden Suhaila Kamal dan pembubaran AJK MASSA Sesi 2009
  • Pemilihan ahli Majlis Tertinggi AJK MASSA Sesi 2010
  • Ucapan daripada mereka yang dilantik menerajui MASSA untuk 2010
Oleh yang demikian, secara tradisi untuk jawatan Presiden MASSA memerlukan pencalonan daripada ahli MASSA iaitu anda semua pelajar FKPM. Anda boleh mencalonkan sesiapa sahaja yang anda lihat berkaliber dan berkebolehan untuk mewarisi legasi kepimpinan MASSA.

Hantarkan butiran ringkas calon pilihan anda ke bilik Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin (Mama Masscomm) di aras 5 sebelum Jumaat ini (8 Januari 2010). Calon yang layak untuk bertanding akan ditentukan oleh pihak pengurusan fakulti dan mereka yang layak akan diundi pada AGM yang akan diadakan pada hari Isnin.

Semua ahli MASSA (pelajar FKPM) tanpa mengira program dijemput hadir beramai-ramai ke AGM MASSA yang bakal diadakan. Tunjukkan sokongan anda terhadap Mass Communication Students Association!

1 komen:

nadia nazaruddin said...

nerd xbleh dtg la...kan time keje kul 1 tuh...
kat sini,lunch kul 12.30-1.30...

nnt,update kat blog je la ek...nerd lawat je nnt...huhu...

towie...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular