About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

28 January 2010

Pelajar FKPM Dalam Rakaman Dialog TV1

www.tips-fb.com


Seramai 10 orang pelajar semester satu MC221 (Kewartawanan) telah mengikuti rombongan 50 pelajar ke RTM untuk siaran rakaman temubual bersama Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dalam rancangan Dialog. Turut sama ada para pelajar daripada Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan beberapa pelajar Thailand yang sedang mengikuti kursus satu semester di UiTM Kampus Puncak Perdana.

Buat pengetahuan anda, ini merupakan rancangan bual bicara televisyen pertama buat Datuk Sahol Hamid sejak dilantik menjadi Naib Canselor UiTM. Rancangan Dialog ini telah disiarkan di TV1 pada hari Rabu, 27 Januari 2010 pada jam 10.00malam.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular