About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

10 January 2010

Selamat Berpraktikal Di Amerika Syarikat

www.tips-fb.com

Selepas Turki, kini empat lagi pelajar FKPM akan ke luar negara untuk menjalani latihan praktikal (COM661). Kali ini destinasinya adalah Amerika Syarikat. Berikut adalah senarai pelajar berkenaan:
  1. Nur Zatil Hidayah Dzulkifli (MC221) - Woub AM/FM/TV Broadcasting
  2. Mahirah Abd Wahid (MC221) - Woub AM/FM/TV Broadcasting
  3. Siti Nadia Zahri (MC224) - Ohio Post (daily newspaper)
  4. Intan Syazlin Mohd Pilus (MC225) - Ohio University Press
Mereka akan berlepas ke Amerika Syarikat hari ini 10 Januari 2010 (Ahad) jam 11.40malam.

Semalam juga (9 Januari 2010), seorang lagi pelajar semester enam FKPM iaitu Intan Khairunnisa (MC222) telah selamat berlepas ke Perancis untuk berpraktikal di Malaysian Mission to UNESCO, Paris.

MASSA mengucapkan selamat berangkat dan selamat menjalani latihan praktikal sebaiknya kepada semua pelajar berkenaan. Semoga mereka dapat menimba ilmu sebaiknya di sana dan sentiasa berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik.


1 komen:

acip said...

nanti bile aku fly mmg entry utk akoo sorunk!!! hahaha... dpt spotlight lebey dowh... tula mereka ni da prgi tngglkn aku dulu...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular