About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 January 2010

Beri Kebebasan Pelajar Bersuara

www.tips-fb.com

Datuk Saifuddin Abdullah
(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)


IPT tidak boleh sekat kebebasan bersuara siswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.


Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.


“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Selepas hampir tiga dekad sudut pidato diharamkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi perintis kepada program itu selepas ia diperkenalkan kembali tahun ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Zaini Ujang, bagaimanapun berkata, pelajar perlu bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan dan bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar garis panduan ditetapkan universiti.



Mungkin suatu hari nanti kita akan lihat Sudut Pidato aktif di fakulti kita, bukankah pelajar komunikasi hebat dalam berkata-kata?

2 komen:

Ellanna Bernard said...

betul2, mahasiswa universiti patut diberikan kebebasan bersuara...kalau disekat-sekat malampau sangat macam budak kecil pula gamaknya.

kalau tanya mak bapak kita pada zaman tampuk kerajaan di bawah Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau memberi kebebasan bersuara kepada mahasiswa universiti kerana mereka adalah tunggak negara masa hadapan. suara mereka perlu didengar agar perkara yg relevan dapat diperbaiki, kalau yg tidak patut..tak payahlah diikuti.

setiap pendapat harus didengar, tidak kira yg bagus mahupun tidak. kita tidak dilahirkan untuk mengeluarkan butir kesempurnaan dalam setiap tutur kata kita.

para mahasiswa patut diberi peluang, kami juga ingin memberi sumbangan idea dalam pembangunan negara kita. kami tak kata kami sempurna, tetapi jika tiada permulaan, sampai bila2 pun keadaan tidak dapat diperbaiki.

Meor Iszwan said...

setuju!

jangan sekat idea dan pandangan daripada pelajar..
pelajar merupakan nadi kepada masa depan negara.. jika selamanya golongan pelajar dikongkong, otak mereka akan beku dan bekarat apabila habis belajar dan itu hanya satu kerugian bagi negara..
jangan biarkan mahasiswa memberontak semata2 untuk bersuara... dengar suara mereka dan nilaikan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular