About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

13 January 2010

Sydney Pilihan Tasnim Untuk Berpraktikal

www.tips-fb.com

Seorang lagi pelajar FKPM, Tasnim Abdul Hadi (MC222) akan berlepas ke luar negara pada 13 Januari 2010 (Rabu) jam 10.40malam untuk menjalani latihan praktikal (COM661) di Australia. Tasnim akan berpraktikal di Amnesty International Australia, Sydney.

Untuk pengetahuan anda, Tasnim merupakan bekas Presiden IPRMSA pada semester Disember 2008 - April 2009, juga merupakan pendebat UiTM selain antara pelajar terbaik di FKPM. Gambar di sebelah diambil ketika Program Ramah Mesra Pelajar Baru yang diadakan pada semester lepas.

MASSA mengucapkan selamat berangkat dan selamat menjalani latihan praktikal kepada beliau. Semoga sentiasa berada dalam keadaan dan kesihatan yang terbaik ketika berada di sana.

Buat pengetahuan semua, sembilan pelajar sudah ke Turki, empat sudah ke Amerika Syarikat, seorang sudah ke Perancis dan kini seorang bakal ke Australia, masih ada beberapa lagi pelajar sebenarnya yang masih menunggu untuk berangkat ke luar negara.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular