About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

07 March 2010

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

www.tips-fb.com


UiTM akan menganjurkan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010 yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara secara serentak. Matlamat utama ekspo ini adalah memperkenalkan UiTM dan program-program yang ditawarkan oleh UiTM kepada masyarakat luar terutama para pelajar lepasan SPM/STPM/ Diploma yang mahu melanjutkan pelajaran selain mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat Pasca Siswazah (Master dan PhD). Kesemua 24 Fakulti dan beberapa akademi serta jabatan akan menyertai ekspo ini. Lokasi utama ekspo adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 dan 14 Mac 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi hinga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor (Dewan Raja Muda Musa), Seksyen 7, Shah Alam

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Untuk maklumat lanjut layari website rasmi UiTM di www.uitm.edu.my atau hubungi talian 03-5544 3206/ 2102 atau 03-5521 1355.





BERMINAT MENJADI WARGA MASSCOMM???

Taklimat untuk Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media akan diadakan pada 13 Mac 2010 (Sabtu) jam 11.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Jangan lupa sebarkan mengenai Ekspo Selangkah Ke UiTM ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pelajar UiTM. Pendaftaran pelajar secara online juga akan dibuka!


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular