About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 March 2010

Ketua Hakim Negara Dilantik Profesor Adjung UiTM

www.tips-fb.com


Ketua Hakim Negara Dilantik Profesor Adjung UiTM

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk tempoh dua tahun mulai 15 Feb lalu.

Dekan fakulti itu Prof Madya Saudah Sulaiman berkata pihak fakulti amat berbesar hati di atas persetujuan Zaki untuk menerima pelantikan itu.

"Ini memandangkan julung kalinya seorang Ketua Hakim Negara, yang mengetuai badan perundangan tertinggi negara, dilantik menjadi Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang UiTM, " katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Saudah berkata sebagai Profesor Adjung, Zaki akan mengadakan syarahan umum bertajuk 'Isu dan Cabaran Dalam Profesion Perundangan' buat pertama kali pada Jumaat ini.

Syarahan umum itu akan diadakan di Auditorium Bangunan Cempaka 1, Fakulti Undang-Undang UiTM, Shah, Alam, pada pukul 3 petang.


Zaki, 64, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Okt 2008 dan beliau merupakan pengerusi pertama bagi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak penubuhannya pada 16 Feb 2009.

Beliau dilahirkan pada 12 Sept 1945 di Alor Setar, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Sekolah Anderson, Ipoh dan English College, Johor Baharu.

Pada 1969, beliau telah melanjutkan pengajian di Lincoln's Inn, London dan dianugerahkan Barrister-at-Law.

Sumber : Bernama

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular