About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

03 April 2010

UiTM Disaman RM34.2 Juta

www.tips-fb.com


Syarikat IT saman UiTM RM34.2 juta

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) hari ini memfailkan saman terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menuntut ganti rugi RM34.2 juta kerana didakwa melanggar perjanjian berhubung sistem permohonan kemasukan pelajar secara dalam talian (online).

Saman tersebut difailkan oleh Trius Computers Sdn. Bhd. melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Mengikut pernyataan tuntutan, Trius Computers selaku plaintif mendakwa telah dilantik oleh UiTM untuk membangunkan sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 15 Januari 2004.

Sistem tersebut bertujuan memproses permohonan kemasukan penuntut di peringkat sijil, pra diploma, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan kursus-kursus profesional yang ditawarkan.


Melalui perjanjian tersebut, plaintif mendakwa alamat www.uitmonline.edu.my. yang dibangunkan oleh syarikatnya akan digunakan selama tempoh 15 tahun iaitu dari 21 Ogos 2001 hingga 20 Ogos 2016.

UiTM yang dinamakan sebagai defendan bagaimanapun didakwa melanggar perjanjian tersebut apabila mengiklankan alamat laman web yang tidak dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.online.uitm.edu.my bagi permohonan kemasukan pelajar untuk Sesi Julai 2010 di akhbar Mingguan Malaysia pada 7 Mac lalu.

Walaupun surat rasmi bagi meminta penjelasan telah dihantar kepada UiTM pada 8 Mac lalu, plaintif mendakwa, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diterima daripada defendan berhubung perkara itu.

Plaintif mendakwa, kegagalan UiTM mematuhi perjanjian itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM34.2 juta selain dinafikan hak-hak yang sah seperti dalam perjanjian.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular