About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 May 2010

Pertandingan Mencipta Logo Hari Inovasi UiTM 2010

www.tips-fb.com

Jabatan Komunikasi Korporat mewakili pihak penganjur, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM mempelawa seluruh warga UiTM (staf dan pelajar) untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta logo sempena sambutan Hari Inovasi UiTM 2010 yang bertemakan Inovasi Dan Kreativiti Pemacu Transformasi.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mewujudkan imej khusus sempena sambutan Hari Inovasi UiTM 2010 selain untuk digunakan pada bahan-bahan promosi dan publisiti.

Hadiah:
  • Tempat Pertama - RM 500 beserta Sijil
  • Tempat Kedua - RM 300 beserta Sijil
  • 2 Hadiah Saguhati - RM100 setiap satu beserta Sijil
KLIK SINI untuk mencetak borang penyertaan

Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 31 Mei 2010 (Isnin) .

Sekretariat Pertandingan Mencipta Logo Hari Inovasi UiTM 2010
Jabatan Komunikasi Korporat
Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel: 03-5544 2102/2043

Spesifikasi:

Saiz
Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dalam bentuk jpeg (CD) atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 yang berukuran 210mm x 297mm dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam berukuran A3.

Rekaan
  • Warna dan bentuk pada setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.
  • Peserta bebas untuk mengemukakan ciptaan logo tetapi mestilah berdasarkan tema di atas.

Warna
Peserta hanya dibenarkan menggunakan 3 kombinasi warna sahaja.
Warna gradient tidak dibenarkan.

Kegunaan logo
Logo yang digubah perlu sesuai untuk digunakan ke atas pelbagai bahan promosi Hari Inovasi UiTM 2010

Keaslian logo
Rekaan logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta tidak diceduk daripada mana-mana sumber.

Syarat penyertaan:

  1. Terbuka kepada semua staf dan pelajar UiTM
  2. Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.
  3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo dicipta terpelihara. Pihak sekretariat tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo.
  4. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik penganjur. Selain itu, penganjur mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek penganjur.
  5. Pihak sekretariat juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
  6. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.
  7. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

Pengadilan:

  1. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh sekretariat.
  2. Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

2 komen:

AfiqahAR said...

kalau menggunakan pos, nak pos sekali mounting board yang saiz A3 tu ke? =.="

Meor Iszwan said...

tak pasti.. cuba hubungi no sekretariat pertandingan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular