About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

10 May 2010

Selamat Bercuti Semester

www.tips-fb.com

Tamatlah sudah minggu peperiksaan, MASSA dengan itu mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dan seluruh pelajar UiTM (selamat berkuliah bagi pelajar yang mengambil intersesi). Isikan cuti ada dengan perkara bermanfaat dan jaga keselamatan serta kesihatan diri anda. Sentiasa berwaspada dengan gejala demam denggi dan gelombang kedua H1N1 uang masing membelenggu negara kita.

MASSA juga memberi cadangan dan harapan agar semua pelajar dapat bersedia dengan lebih awal untuk sebarang perancangan aktiviti semester depan tidak kira aktiviti melibatkan kelab, kelas mahupun subjek. Perancangan awal akan memudahkan perjalanan program ditambah pula kita akan menghadapi bulan Ramadhan untuk semester hadapan yang akan mengakibatkan bulan selain Ramadhan akan padat dengan pelbagai jadual aktiviti. Jangan lupa juga bersedia dengan subjek akademik anda untuk semester hadapan.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular