About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

25 July 2010

Akhir Liga Bola Sepak IPT 2010: UiTM Lawan UKM

www.tips-fb.com


UKM, UiTM buat perhitungan pada perlawanan akhir


UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan slot ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Liga IPT 2010 bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi.

Kejayaan mereka diraih selepas berjaya mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing pada saingan separuh akhir yang berlangsung di dua venue berlainan semalam.

Pada aksi separuh akhir di Stadium UKM itu, tuan rumah mencatatkan kemenangan selesa ke atas Universiti Teknologi Mara Sarawak (UiTM'S) 4-0.

Penyerang, Mohd. Nazri Mohd. Razali mencuri tumpuan apabila mencipta hatrik buat UKM hasil jaringannya pada minit ke-12, 33 dan 81.

Tidak cukup dengan itu, percaturan juru- latih yang membawa masuk pemain gantian, Amir Safuan Samsudin turut membuahkan hasil selepas dia meledak gol keempat UKM pada minit ke-85 dan keputu- san tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan yang dilakar UKM itu memberi kepuasan kepada jurulatihnya, Sulaiman Hussin yang menganggap anak-anak buahnya telah mempamerkan satu persembahan yang menakjubkan bagi menempah slot ke final.

"Pujian seharusnya diberikan kepada pemain saya kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan serta bekerja keras bagi memenuhi impian yang diidamkan untuk beraksi di pentas final," katanya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium UiTM, Shah Alam, tuan rumah UiTM dipaksa bekerja keras sebelum menang 1-0 ke atas Politeknik Kota Bharu menerusi jaringan Mohd. Fiqri Abdullah pada minit ke-37, sekali gus membolehkan mereka mara ke final.

Aksi akhir antara UKM dengan UiTM akan berlangsung di Stadium UiTM esok manakala penentuan tempat ketiga dan keempat yang membabitkan UiTM'S menentang PKB akan diadakan di Stadium UKM, Bangi hari ini.

Sumber : Kosmo!


Warga UiTM dialu-alukan untuk datang beramai-ramai untuk menyokong pasukan bola sepak UiTM dalam perlawanan akhir yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium UiTM, Shah Alam


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular