About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

23 July 2010

PPW '10: Program Pembuka Semester Ini

www.tips-fb.com


MASSA membuka tirai semester Julai-November 2010 dengan program pertama anjurannya untuk semester ini iaitu Program Pemantapan Wawasan (PPW) 2010. PPW merupakan program wajib yang dijalankan setiap semester untuk pelajar baru semester 1 dan semester 3C (lepasan diploma FKPM) bagi menyambut kedatangan mereka ke Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Semester ini, program tersebut telah selamat dijalankan pada 18 Julai 2010 (Ahad) lalu bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang. Hampir 150 orang pelajar baru telah hadir pada hari tersebut dimana pelbagai aktiviti dijalankan. Aktiviti yang paling mendapat sambutan semestinya Explorace dimana beberapa checkpoint telah dibuat.

Paling menarik adalah reaksi peserta ketika berada di checkpoint 4 yang paling mencabar di mana pelajar harus mengutip duit syiling di dalam balang yang berisi ikan keli! Terjerit-jerit mereka, yang menangis pun ada. Tercuit hati apabila melihat pelbagai gelagat dan reaksi yang diberikan oleh mereka.

Pada program yang sama, Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim turut berkesempatan memberi sedikit amanat kepada pelajar baru. Pelajar-pelajar tersebut juga tidak ketinggalan di'tepung tawar' sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan mereka ke FKPM.

Kami di pihak MASSA mewakili seluruh pelajar lama mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar baru yang sudi hadir, tidak lupa ucapan selamat datang dan semoga anda semua berjaya menghabiskan pengajian anda dalam tempoh yang sepatutnya.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular