About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 July 2010

Siswi UiTM Shah Alam Tumpaskan Peragut

www.tips-fb.com


Pelajar wanita UiTM nekad kejar peragut

SHAH ALAM 16 Julai - Tindakan berani seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengejar lelaki bermotosikal yang meragut begnya di Persiaran Raja Muda di sini tidak sia-sia apabila penjenayah itu akhirnya berjaya diberkas polis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi semalam ketika mahasiswi UiTM Shah Alam berusia 23 tahun itu dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke kampusnya.

Penahanan suspek berusia lewat 20-an yang memiliki lima rekod jenayah itu turut membantu polis menyelesaikan lima kes ragut di sekitar daerah ini.


Menceritakan kejadian itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, selepas beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikalnya diragut oleh suspek, mangsa bertindak nekad mengejarnya sejauh 1.5 kilometer.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di satu pusingan U berdekatan deretan kedai di Jalan Jati, Seksyen 3 di sini, mangsa mengambil kesempatan melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

"Selepas terjatuh, mangsa menjerit meminta tolong dan orang awam termasuk dua pegawai polis yang sedang minum di sebuah restoran di deretan kedai berkenaan meluru ke arahnya untuk membantu dan seterusnya menangkap suspek.

"Suspek kemudian dibawa ke balai sementara mangsa yang hanya mengalami luka ringan membuat laporan polis," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, suspek yang diberkas mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Nor Azam berkata, polis ingin mengucapkan terima kasih kepada mangsa dan semua pihak yang membantu dua pegawainya memberkas suspek semasa kejadian.



MASSA mengucapkan tahniah atas keberanian yang ditunjukkan mahasiswi UiTM berkenaan. Kepada pelajar lain anda dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelak diri daripada diragut.


2 komen:

mizztraveller said...

Bagi hukum gantung sampai mati je peragut jahanam tu ....dasar sampah masyarakat . klu x sampai hati nak matikan monyet tu ...potong je kedua-dua tangan mereka ....tiada faedah klu nak proses byk monyet ..........jenayah makin byk ...klu proses manusia yang berotak bole la

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Siapakah Siswi itu?? bravooo! memang berani betol siswi itu yee.. =D baru jumpe blog massa nie.. terbaekkk!! hope ada blog fakulti laen yg cam nie gak.. =D

yours
SH

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular