About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

14 July 2010

Sri Kundang Intergrated Juara Nexstec Design Challenge 2010

www.tips-fb.com

Kumpulan Sri Kundang Intergrated yang menjuarai UiTM-Nexstec Design Challenge 2010 bersama replika cek kemenangan mereka.

IPT Diminta Tumpu Program Jalinan Masyarakat

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata institusi pengajian tinggi di negara ini perlu memberi perhatian lebih kepada program jalinan masyarakat daripada program khidmat masyarakat.

Beliau berkata selama ini kebanyakan IPT menumpukan kepada program khidmat masyarakat secara ad hoc seperti gotong royong yang kurang menyediakan kesinambungan perhubungan antara masyarakat dan pelajar.

Berucap menutup Nexstec Design: Challenge 2010 di Universiti Teknologi Mara di sini Selasa, Khaled berkata melalui jalinan masyarakat, sesebuah universiti termasuk pelajarnya, boleh membantu dan memimpin masyarakat dalam menghadapi isu dan cabaran setempat.


Khaled berkata lazimnya masyarakat ada masalah tersendiri dan pihak universiti boleh mengenal pasti masalah-masalah yang boleh diselesaikan dengan penglibatan pelajar menerusi program jalinan masyarakat.

Ia juga akan membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran hubungan sesama insan, membina peribadi dan ketrampilan yang unggul dan memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan pengetahuan yang diperoleh dari makmal dan dewan kuliah kepada dunia yang sebenar, katanya.

Pada majlis itu, Khaled menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam mereka bentuk tebingan untuk Tasik Biru, sebuah tasik di Kuang yang menghadapi masalah pencemaran.

Sumber : BERNAMA

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular