About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

08 July 2010

UiTM Raih Emas Pertandingan Reka Cipta Di Amerika

www.tips-fb.com

Inovasi & Kreatif: Pelajar UiTM raih emas pertandingan reka cipta di AS

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat kejayaan cemerlang apabila meraih satu pingat emas, satu perak dan tiga gangsa pada pertandingan reka cipta `Invention and New Product Exposition 2010' di Pusat Konvensyen Monroeville, Pittsburgh, Amerika Syarikat pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Pegawai Eksekutif (Inovasi), Institut Pengurusan Penyelidikan UiTM, Puteri Murni Salleh Hudin, berkata pingat emas disumbangkan pelajar Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Farmasi, Hazwanie Hashim dengan produk penyelidikan bertajuk `UGT1A1 PROMISE Kit for Personalized Treatment of Irinotecan Therapy in Colorectal Cancer'.

Katanya, produk inovasi ciptaan Hawwanie itu adalah ciptaan berbentuk kit ujian genetik yang berfungsi untuk mengetahui keupayaan seseorang pesakit yang menerima ubat `irinotecan' untuk rawatan kanser kolon.


"Kit ini membantu mengenal pasti pesakit yang berisiko tinggi mengalami kesan tindak balas ubat berkenaan yang boleh memudaratkan pesakit kanser kolon dan ia sesuai digunakan di semua hospital yang menyediakan rawatan untuk pesakit terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Pertandingan itu menyaksikan empat pelajar UiTM bersaing dengan 700 penyelidik dari seluruh dunia pada pameran berkenaan.

Puteri Murni berkata, pingat perak pula dimenangi pelajar Sarjana dari Fakulti Sains Gunaan, Mohd Hariz Kamaruddin menerusi produk inovasi ciptaannya, `Eggshell-Polymer Special Tiles'.

Katanya, pingat gangsa pula masing-masing diraih pelajar Sarjana dari Fakulti Sains Gunaan iaitu Rassimi Abdul Ghani dengan produk ciptaannya `New Composite Material From Chicken Feather' serta Amir Fakhrul Islam Abdullah melalui ciptaannya, `Natural Additive For New Generation Green Packaging Film'.

Kejayaan cemerlang itu, katanya, juga menyaksikan pensyarah dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM, Mohd Razif Shamsuddin, menerima gangsa dengan rekaan produk, `Electronic Signature Personality Analysis Tool (eSign PAT)'.

"Kejayaan UiTM di INPEX 2010 kali ini amat bermakna kerana ia membuktikan pelajar UiTM mampu bersaing dengan penyelidik dari seluruh dunia di peringkat antarabangsa,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular