About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

19 August 2010

Agong Berbuka Puasa Di UiTM

www.tips-fb.com

Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Ir. Dr. Sahol Hamid
Abu Bakar (kiri) di UiTM Shah Alam.



Agong berbuka puasa bersama warga UiTM


SHAH ALAM 18 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 200 pelajar universiti itu hari ini.

Seri Paduka yang tiba di Dewan Seri Budiman, UiTM kira-kira pukul 6.30 petang ini turut disambut Naib Cancelornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar.

Turut hadir dalam majlis berbuka puasa yang diadakan setiap tahun di universiti itu ialah Pengerusi UiTM, Tan Sri Dr.Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin; dan dua Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub dan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ketua-ketua jabatan serta para kakitangan UiTM.

Dalam pada itu, baginda turut berangkat menunaikan solat maghrib berjemaah bersama kira-kira 200 pelajar UiTM sebaik sahaja selesai berbuka puasa.



0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular