About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

14 August 2010

Bulan Kemerdekaan Peringkat UiTM

www.tips-fb.com

Pada 13 Ogos 2010 (Jumaat), di hadapan Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin telah berlangsung majlis ringkas pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UiTM yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

KLIK SINI untuk menonton ucapan Naib Canselor semperna pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UiTM.

UiTM edar 1,000 Jalur Gemilang


SHAH ALAM 13 Ogos - Kira-kira 1,000 bendera Jalur Gemilang diedrkan kepada para pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini bagi meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun ini.

Pelancaran sambutan tersebut dilaksanakan oleh Naib Canselor UiTM, Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di bangunan Canselori UiTM.

"Kita perlu belajar daripada apa yang telah berlaku pada masa lampau. Bangsa yang tidak tahu sejarah tidak akan mampu membangun," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan tersebut di sini hari ini.

Beliau menambah, kemerdekaan mempunyai makna tersendiri dan baginya, kemerdekaan telah merintis kepada kepada penubuhan UiTM yang kini berjaya mengubah kehidupannya.

Bendera-bendera itu juga akan diedarkan di jabatan-jabatan dan fakulti di UiTM tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini.

Sumber : Utusan Malaysia (14 Ogos 2010)


MASSA juga tidak ketinggalan mengajak seluruh warga UiTM untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ini. Bersama kita tunjukkan semangat cintakan negara kita Malaysia yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 pada 31 Ogos 2010 ini. Hayati tema kemerdekaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' dalam kita menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia dan sepakat dalam memajukan negara.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular