About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

www.tips-fb.com



MASSA mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM yang beragama Islam khususnya buat warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM). 1 Syawal 1431H dijangka akan disambut pada Jumaat ini bersamaan 10 September 2010.

Bersama kita saling bermaafan dan ziarah menziarahi di hari yang mulia ini. MASSA juga mengambil kesempatan untuk saling mengingati untuk kita sentiasa berhati-hati di jalan raya dan menjaga keselamatan serta kesihatan di musim perayaan ini.

Pantun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak:
1Malaysia bersatu padu,
Bersatu padu penuh semangat;
Pesanan buat para pemandu,
Pandu cermat jiwa selamat.


.

1 komen:

Komed UiTM Malacca said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN!! from all of us - komed.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular