About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

22 September 2010

Walk-In Interview AJK MASSA 2011

www.tips-fb.com

Kepada para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam, Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa dari semester satu hingga tiga, anda dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka pemilihan AJK Baru MASSA untuk sesi 2011.

Tarikh: 23 September 2010 (Khamis)
Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan MASSA (Aras 1 FKPM, bersebelahan lif dan surau lelaki)

*Kepada yang sudah menghantar borang rasmi sebelum ini juga DIWAJIBKAN menghadiri temuduga ini.


Ayuh sahut cabaran untuk berkhidmat kepada mahasiswa, fakulti dan universiti! Teruskan legasi kepimpinan MASSA dalam mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi selain bertanggungjawab menyatukan pelajar komunikasi atas semangat 1MassComm melalui aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan di masa mendatang.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular