About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 October 2010

Program Cinta 1Malaysia

www.tips-fb.com

Program Cinta 1Malaysia yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah dilancarkan dengan jayanya pada 8 Oktober 2010.

Program ini bertujuan untuk menggerakkan usaha meningkatkan bilangan pengundi berdaftar secara besar-besaran di peringkat IPT khususnya UiTM yang mempunyai jumlah pelajar terbesar berbanding IPT lain. Para pelajar perlu disedarkan tentang kepentingan pendaftaran undi apabila umur mereka mencecah 21 tahun, umur matang yang membolehkan mereka memilih kepimpinan negara demi kedaulatan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.



Video ucapan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempena pelancaran program tersebut. Semoga usaha murni ini mencapai objektif dengan bantuan dan sokongan seluruh warga UiTM.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular