About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

07 December 2010

BH: Empat Wartawan Terima Ijazah

www.tips-fb.com

Dari kiri Nor Fariza, Hamizah, Khaleeq Shahzada, Badrul Kamal, Amalia dan Syalikha bergambar selepas Istiadat Konvokesyen ke-73 UiTM, di Shah Alam.

Empat wartawan terima ijazah

Tiga wartawan sambilan Berita Harian (BH) dan seorang wartawan Harian Metro (HM) masing-masing menerima diploma dan ijazah dalam bidang komunikasi massa pada Istiadat Konvokesyen ke-73 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Wartawan sambilan BH, Nor Fariza Ramlan, Syalikha Sazili, Badrul Kamal Zakaria dan wartawan HM, Hamizah Badiran menerima ijazah masing-masing yang disampaikan Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.

Pada istiadat sama, anak kepada Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail, Khaleeq Shahzada, 23, turut menerima ijazah dalam bidang penyiaran selepas menamatkan pengajian selama lima tahun, termasuk tiga tahun bagi peringkat diploma.

Bagi Amalia Hasannudin, 21, anak kepada bekas wartawan BH, Rosniza Rasul, beliau gembira kerana melepasi satu tahap belajar dan kini menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang kewartawanan untuk mengikuti jejak langkah ibunya.




0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular