About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

26 December 2010

Jejantas Baru Luar Pintu Pagar 2 UiTM

www.tips-fb.com


Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan untuk membina satu jejantas pejalan kaki di luar pintu pagar dua UiTM Shah Alam (Seksyen 7 di hadapan KFC). Pembinaannya telah dimulakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2011.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2010/11 dan semua pihak yang telah berusaha membuat permohonan untuk merealisasikan pembinaan jejantas tersebut. Apabila siap kelak, jejantas ini akan sedikit sebanyak memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang biasa menggunakan laluan tersebut.

(Foto diambil daripada Facebook Nasa Ahmad, NYDP MPP UiTM Shah Alam)


1 komen:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Bagus lah.. keselamatan pelajar lebih terjamin.. daripada melintas kat depan traffik light tu.. huuu~

yours
SH

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular