Setelah berjaya mendapatkan semula pemilikan penuh penggunaan sebuah bilik di aras satu Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (bersebelahan dengan lif dan surau lelaki) untuk dijadikan Bilik Gerakan MASSA, kami telah melakukan sedikit inisiatif untuk mengubah susun atur susunan perabot di dalam bilik berkenaan. Selain merubah kedudukan susunan perabot, kami AJK MASSA juga mengubah warna bilik berkenaan dengan mengecat semula bilik dengan warna yang lebih cerah iaitu warna oren yang juga merupakan warna korporat MASSA.
Suasana baru di dalam bilik gerakan ini diharap memberikan keselesaan kepada AJK MASSA untuk bekerja dan menjalankan program-program yang telah diatur memandangkan bilik ini akan dijadikan bilik gerakan untuk setiap projek anjuran MASSA dan yang terkini adalah bilik gerakan untuk Kempen Mencegah H1N1. Selain AJK MASSA, bilik ini juga sering menerima kunjungan AJK daripada kelab-kelab dalaman FKPM yang lain terutama ketika berlangsung program anjuran bersama.
MASSA berharap Bilik Gerakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaan bersama dan menjadi tapak mengeratkan siratulrahim antara kelab-kelab dalaman di FKPM.
* Untuk makluman, Kelab-kelab dalaman FKPM yang lain akan menggunakan bilik edit di aras dua sebagai bilik operasi mereka di samping berkongsi penggunaan bilik tersebut bersama Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FKPM.

0 komen:
Post a Comment