Kempen Mencegah H1N1 akan dilakukan secara besar-besaran ala-ala kempen ketika pilihanraya kampus. Tujuan kempen besar-besaran ini diadakan adalah untuk menyedarkan warga fakulti terutamanya golongan pelajar bahawa pentingnya langkah pencegahan diambil bagi membendung penularan wabak Influenza A H1N1.
Sepanjang kempen ini dijalankan, para pelajar digalakkan untuk memakai topeng muka sepanjang berada di kawasan fakulti. Pihak MASSA dengan sumbangan pihak pentadbiran fakulti sedang berusaha untuk memberikan topeng muka percuma kepada para pelajar.
MASSA mengharapkan kempen ini akan mendapat sokongan daripada seluruh warga fakulti. Kita sebenarnya boleh berbangga kerana kita adalah fakulti pertama di UiTM Shah Alam yang melakukan kempen sedemikian secara besar-besaran. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat!
2 komen:
meriahnya kempen ni! ada topeng muka percuma???
thanks banyak, hope kempen ni dapat berjalan lancar sampai wabak ni lenyap...
hopefully ada kesedaran di kalangan pelajar..
Post a Comment