About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

18 September 2009

Kunjungan Ke Maahad Tahfiz Ibnu Sina (MTIS)

www.tips-fb.com



12 September 2009 (Sabtu)
Maahad Tahfiz Ibnu Sina (MTIS),
Taman Bunga Raya, Jalan Baharu,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Kunjungan dilakukan pada jam 11.00 pagi dan kedatangan kami telah disambut oleh Pengerusi maahad ini iaitu Tuan Haji Shafer Bin Othman yang lebih dikenali sebagai 'Ayah' di kalangan pelajarnya dan juga salah seorang tenaga pengajar iaitu Ustaz Ady Sahabuddin. Sesi taklimat diadakan oleh Ayah dan Ustaz Ady yang menceritakan tentang sejarah dan pengendalian MTIS. Ayah seterusnya memanggil beberapa lagi tenaga pengajar yang lain untuk kami kenali dan sesi taklimat seterusnya disambung oleh Pengetua MTIS iaitu Ustaz Ahmad Nazim Bin Shafie.

Selepas itu kami telah diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan para pelajar di dalam surau ketika mereka baru selesai menjalankan kelas bacaan al-Quran. Tashreeq yang merupakan pengarah untuk Kempen Mencegah H1N1 di fakulti telah mengambil kesempatan untuk menerangkan serba sedikit tentang bahaya H1N1 dan menyerahkan beberapa kotak penutup mulut dan hidung serta hand sanitizer kepada Pengerusi MTIS untuk kegunaan para pelajar.

Seterusnya kami dibawa oleh Ayah dan Ustaz Nazim untuk berkunjung pula ke sebuah rumah yang menempatkan para pelajar perempuan tidak jauh dari maahad lelaki. Di dalam rumah inilah telah dibina perpustakaan mini hasil sumbangan pihak UiLC UiTM Pulau Pinang. Selain bermesra dengan para pelajar perempuan di sana, kami juga berkesempatan untuk menyerahkan buku-buku untuk diletakkan di rak perpustakaan mini berkenaan. Untuk pengetahuan anda, buku-buku tersebut dibeli menggunakan hasil sumbangan derma yang diberikan oleh warga FKPM melalui kutipan derma kelas ke kelas yang dilakukan beberapa hari sebelum kami berangkat ke Pulau Pinang.

Selepas melakukan solat Zohor berjemaah bersama para pelajar, AJK MASSA yang lelaki telah diberi kesempatan untuk mendapatkan rawatan berbekam dan rawatan resdung. Tiga orang iaitu Bukhari, Tashreeq dan Meor Iszwan mencuba rawatan bekam manakala Aril, Ayien dan Acip melakukan rawatan resdung. Semua rawatan dilakukan sendiri oleh para pelajar. Ini yang menariknya kerana para pelajar MTIS bukan hanya diajar mengenai al-Quran tetapi juga ilmu perubatan berteraskan Islam seperti rawatan resdung, urutan refleksologi dan seumpamanya selain turut diajar mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kunjungan lebih tiga jam di MTIS memberikan pengalaman yang berharga kepada kami dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga MTIS. Moga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang, insyaallah..



Kunjungan kami ke MTIS turut dimuatkan dalam laman web rasmi Maahad Tahfiz Ibnu Sina. KLIK SINI untuk melihat.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular