Pada 15 September 2009, Selasa jam 12.30 tengah hari telah diadakan perjumpaan antara MASSA dengan wakil kelab-kelab dalaman FKPM. Antara yang hadir adalah lapan orang wakil daripada MASSA, Presiden Journalism Society, Presiden Publishing Club, masing-masing tiga wakil daripada AdClub dan IPRMSA serta dua wakil daripada kelab baru, Instuctional Community.
Antara agenda yang diperkatakan adalah:
- Majlis jamuan khas penghargaan untuk semua AJK kelab-kelab dalaman FKPM
- Majalah khas fakulti 'Uniti'
- Hebahan mengenai program Menjengah Ke Pintu Realiti dan Majlis Anugerah Dekan
- Pengambilan ahli baru AJK MASSA
- Program-program terdekat setiap kelab
- Hal-hal lain - prosedur mengadakan program (Borang C dan kertas kerja) dan penggunaan bilik untuk setiap kelab dalaman
MASSA mengucapkan terima kasih kepada setiap wakil kelab dalaman yang hadir.
0 komen:
Post a Comment