Kelab baru di FKPM, INC CLUB yang ditubuhkan selepas pembubaran IIM akan menganjurkan program pertamanya iaitu Are You In? - Interpersonal Day di Cineleisure Damansara pada 6 Oktober 2009, Selasa dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam.
Broadcating Club akan menganjurkan 'Broadcasting Excellence Awards 2009' yang akan di adakan di Kelab Shah Alam pada 7 Oktober 2009. Majlis penganugerahan seperti ini julung-julung kali diadakan untuk para pelajar Program Penyiaran di FKPM.
AdClub akan menganjurkan ADFEST 2009 yang merupakan program wajib setiap semester bagi para pelajar Program Pengiklanan. ADFEST kali ini akan diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2009 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Antara program yang bakal diadakan selama dua hari tersebut adalah ADTALK, ADNITE dan juga ADXPLORACE.
(rujuk poster yang ditampal sekitar fakulti untuk maklumat lanjut)
0 komen:
Post a Comment