About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

22 July 2010

UiTM Sabah Diiktiraf Universiti Tanpa Sampah

www.tips-fb.com

UiTM Sabah turut menyokong kempen Hari Isnin Tanpa Beg Plastik.

UiTM Sabah diiktiraf universiti tanpa sampah

KOTA KINABALU 20 Julai - Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai universiti tanpa sampah oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini.

Pengiktirafan itu bukan sahaja menjadi kebanggaan kakitangan yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan tersebut tetapi juga kira-kira 2,600 mahasiswa universiti ini.

Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa UiTM Sabah merupakan institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan seumpama itu daripada pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing.

Pengarah UiTM Sabah, Prof Madya Datuk Dr. Worran Kabul berkata, pengiktirafan itu datang bersama tanggungjawab dan peranan yang harus dipikul oleh semua warga universiti.

Apatah lagi, ujarnya, pengiktirafan tersebut boleh ditarik pada bila-bila masa sekiranya pihak universiti gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

'Untuk menjadikan UiTM sebagai universiti tanpa sampah bukan sesuatu yang mudah tetapi ia bukan mustahil.

"Inisiatif ini memerlukan masa dan keberhasilannya banyak bergantung pada elemen keinginan untuk kebersihan, perancangan untuk penelitian, tindakan berupa pelaksanaan dan komitmen untuk pemantauan dan penambahbaikan yang berterusan," katanya.

Dr. Worran berkata, usaha mendapat pengiktirafan itu adalah untuk menyokong usaha DBKK dalam menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya tanpa sampah.

Selain itu, ujarnya, ia turut bertujuan mewujudkan warga universiti yang bertanggungjawab dan sayang kepada kampus tempat mereka menimba ilmu.

"Ini adalah selaras dengan usaha kita untuk mewujudkan satu budaya yang lebih besar iaitu 'Sayangilah Kampus Kita," jelasnya.

Selain pengisytiharan sebagai universiti tanpa Sampah, UiTM Sabah turut mengumumkan penglibatan mereka dalam Kempen Isnin Tanpa Beg Plastik dan Tapak Pembinaan Tanpa Sampah.

Sementara itu, mahasiswa UiTM, Ahmad Syafiq Ahmad Nizar, 22, berkata, cabaran utama menjayakan kempen tersebut adalah untuk mengubah mentaliti mahasiswa yang sentiasa mengambil mudah setiap program yang dilaksanakan oleh pihak universiti.

"Untuk membuat perubahan itu bukan sesuatu yang mudah dan mahasiswa harus sedar bahawa jika mereka tidak berubah, maka perubahan itu tidak akan berlaku termasuklah dalam usaha merealisasikan usaha menjadikan UiTM sebagai universiti tanpa sampah," jelasnya

Hamkhah Md. Syukur, 22, berkata, kejayaan program tersebut mampu menjadi pengukur terhadap keikhlasan mahasiswa dalam menghargai kampus mereka.

''Saya yakin semua warga universiti akan menyahut cabaran ini kerana ia akan mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

Siti Nuraftnahanim Alias, 23, pula berkata, pemantauan oleh semua pihak perlu dalam memastikan kempen itu dapat dilaksanakan secara berterusan.

"Mungkin kita boleh mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat universiti untuk memastikan bahawa semua warga kampus terutamanya mahasiswa patuh kepada peraturan menjadi universiti tanpa sampah itu," katanya.



MASSA mengucapkan tahniah kepada UiTM Cawangan Sabah! Semoga pencapaian yang sama akan dituruti oleh kampus induk serta kampus cawangan yang lainnya.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular